Diterbitkan: April 1, 2023
Kemas kini kali terakhir: Oktober 1, 2023

Lampiran ini (“Lampiran”) adalah tambahan kepada Dasar Privasi untuk Laman Web MMC Hardmetal (Thailand) Co., Ltd. (“Dasar Privasi”) dan Lampiran ini menyatakan, dengan lebih terperinci, maklumat mengenai cara kami kumpul, guna dan zahir data peribadi pengguna di Malaysia.

1. MAKLUMAT PERIBADI KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Berkenaan seksyen 6 Dasar Privasi ini, undang-undang Malaysia mentakrifkan kanak-kanak sebagai orang yang berumur di bawah 18 tahun. Oleh itu, jika kami perlu kumpul maklumat peribadi mengenai kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, kami akan dapatkan kebenaran ibu bapa, penjaga atau mana-mana individu yang bertanggungjawab atas kanak-kanak tersebut.